“If you are excited to understand more about pigmentasi and jeragat, please consult our experienced doctors at Kaiteki Clinic. We will create a personalized treatment plan tailored to your needs! “
Table of Contents
Pengenalan
Istilah jeragat sering digunakan secara umum untuk merujuk kepada semua jenis pigmentasi. Tetapi secara klinikal, jeragat merujuk kepada melasma satu keadaan pigmentasi yang lebih kompleks dan sensitif
Apakah “Pigmentasi” dan “Jeragat”?
Pigmentasi ialah istilah umum untuk sebarang perubahan warna kulit akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Ia termasuk post-inflammatory hyperpigmentation (PIH), sunspots dan melasma.
Jeragat pula adalah sejenis pigmentasi dipanggil melasma.
Jeragat (Melasma) biasanya muncul secara:
- Simetri pada kedua-dua pipi
- Corak tidak sekata (patchy)
- Warna coklat ke kelabu
- Melibatkan kawasan pipi, dahi dan atas bibir
Secara klinikal, apabila pesakit datang dengan tompok simetri dan sejarah perubahan hormon, kami akan lebih cenderung mengesyaki melasma berbanding sunspots biasa.
Melanin dihasilkan sebab untuk perlindungan terhadap UV. Namun dalam kes melasma, aktiviti melanin menjadi lebih sensitif dan mudah dirangsang walaupun dengan pendedahan UV yang minimum.
Itulah sebabnya melasma sering berulang walaupun selepas rawatan.
Punca Utama Pigmentasi vs Jeragat
Faktor utama untuk kedua-duanya ialah sinaran UV. Namun bagi melasma (jeragat), hormon memainkan peranan yang sangat besar.
Dalam pemeriksaan klinikal, kami sering mendapati pesakit dengan melasma mempunyai sejarah:
- Kehamilan
- Penggunaan pil perancang
- Ketidakseimbangan hormon
- Sejarah keluarga dengan masalah serupa
Berbeza dengan sunspots yang biasanya berlaku akibat pendedahan matahari jangka panjang dan proses penuaan, melasma boleh berlaku pada usia muda dan lebih sensitif terhadap perubahan dalaman tubuh.
Radang kulit akibat jerawat atau rawatan agresif juga boleh mencetuskan pigmentasi jenis PIH. Sebab itu penting untuk menilai sejarah rawatan kulit pesakit sebelum menentukan pelan rawatan seterusnya.
Ciri-Ciri Pigmentasi dan Jeragat pada Kulit
Melasma (jeragat) biasanya kelihatan sebagai tompok besar yang tidak bersempadan jelas dan muncul secara simetri. Warnanya boleh menjadi coklat gelap atau kelabu bergantung pada kedalaman pigmen.
Sunspots pula lebih kecil, jelas bersempadan, dan tidak semestinya simetri.
Dalam amalan klinikal, kami menilai:
- Corak simetri
- Kedalaman warna
- Taburan tompok
- Sejarah pendedahan UV dan hormon
Kadangkala penggunaan lampu khas membantu menentukan sama ada pigmen berada pada lapisan epidermis atau dermis. Ini penting kerana kedalaman pigmen menentukan jenis rawatan yang sesuai.
Mengapa Pigmentasi dan Jeragat Sukar Dirawat
Melasma dianggap sukar dirawat kerana ia bukan sekadar masalah pigmen di permukaan kulit. Dalam banyak kes, pigmen melibatkan kedua-dua lapisan epidermis dan dermis.
Rawatan yang terlalu agresif boleh merangsang semula melanin dan menyebabkan pigmentasi menjadi lebih teruk. Sebab itu dalam rawatan melasma, pendekatan yang lembut dan berperingkat lebih selamat berbanding rawatan intensif sekali gus.
Ramai pesakit cuba menggunakan krim pencerah tanpa pengawasan doktor. Walaupun ada yang menunjukkan sedikit perubahan, tanpa kawalan UV dan diagnosis tepat, hasilnya jarang berkekalan.
Melasma adalah keadaan kronik yang memerlukan strategi jangka panjang, bukan rawatan sekali sahaja.
Pilihan Rawatan untuk Jeragat (Melasma)
Rawatan untuk melasma perlu disesuaikan secara individu. Dalam kebanyakan kes, kami menggunakan pendekatan kombinasi seperti:
- Picolaser (low fluence)
- Pro Yellow Laser
- Derma V
- Rawatan topikal pencerahan
- Suntikan skin boosters
- Terapi penyelenggaraan berkala
Pendekatan ini bertujuan mengawal aktiviti melanin, bukan sekadar memecahkan pigmen.
Pesakit biasanya mengalami kemerahan ringan sementara. Namun, beberapa sesi diperlukan untuk hasil yang stabil dan selamat.
Pilihan Rawatan untuk Pigmentasi Lain
Untuk pigmentasi seperti sunspots atau lentigines, rawatan berasaskan cahaya seperti pico laser biasanya memberi respon lebih cepat.
Dalam kes ini, tenaga cahaya menyasarkan melanin secara selektif dan tompok akan menjadi lebih gelap sementara sebelum mengelupas dalam beberapa hari.
Jenis pigmentasi ini biasanya kurang risiko rebound berbanding melasma.
Dapatkan Penilaian Pigmentasi Anda di Kaiteki Clinic
Setiap kes pigmentasi atau jeragat memerlukan diagnosis yang tepat sebelum rawatan dimulakan.
Di Kaiteki Clinic, penilaian kulit dilakukan secara menyeluruh bagi mengenal pasti:
- Jenis pigmentasi
- Kedalaman pigmen
- Faktor pencetus individu
Rawatan kemudian disesuaikan mengikut keadaan kulit anda, dengan fokus kepada keselamatan dan hasil jangka panjang.
Jika anda tidak pasti sama ada tompok pada wajah anda adalah jeragat (melasma) atau jenis pigmentasi lain, langkah pertama adalah mendapatkan pemeriksaan profesional.
Kulit yang sekata bermula dengan diagnosis yang tepat.
Please do visit our clinics for a detailed assessment and consultation.



