““Jika anda teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan eyebag, sila dapatkan konsultasi dengan doktor berpengalaman di Kaiteki Clinic. Kami akan menyediakan pelan rawatan yang diperibadikan mengikut keperluan anda!“
Table of Contents
Pengenalan
Adakah anda tertanya-tanya mengapa mata anda kelihatan bengkak dan bagaimana untuk menghilangkan kantung bawah mata (eyebag)?
Walaupun ia bukan masalah kesihatan yang serius, eyebag boleh mengganggu penampilan dan menjejaskan keyakinan diri. Tapi, jangan risau, kini terdapat pelbagai cara kosmetik yang boleh mengurangkan eyebag dengan berkesan dan saya akan menerangkan cara-caranya dalam artikel ini.
Apa Itu Eyebag?
Apakah itu eyebag? Eyebag merujuk kepada keadaan bengkak atau lebihan kulit di bawah mata, yang boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Proses penuaan – kulit kehilangan kolagen dan keanjalan
- Pengumpulan lemak di kawasan bawah mata
- Penahanan cecair akibat gaya hidup seperti pengambilan garam yang tinggi, alkohol atau merokok.
- Kurang tidur secara berterusan – menjejaskan sirkulasi darah
Namun, ramai orang sering mengelirukan eyebag dengan lingkaran gelap bawah mata. Lingkaran gelap bawah mata merujuk kepada warna gelap di bawah mata yang membuat wajah nampak letih, biasanya disebabkan oleh kurang tidur, genetik, kulit yang nipis menyebabkan salur darah nampak menyerlah dan hiperpigmentasi. Dalam sesetengah individu, lingkaran gelap bawah mata boleh berlaku serentak dengan eyebag.
8 Cara Hilangkan Eyebag yang Boleh Anda Cuba Hari Ini
Kompres Sejuk
Uncang Teh Hijau atau Hitam
Hirisan Timun
Urutan Mata
Tidur yang Cukup & Berkualiti
Diet Sihat & Kurangkan Garam
Pengambilan Air yang Mencukupi
Produk Krim Mata yang Sesuai (Retinol, Peptides, Kafein, Hyaluronic Acid)
1. Kompres Sejuk
Anda boleh cuba balutkan ais dengan kain nipis atau sudu logam sejuk dan letakan di bahagian mata selama 10-15 minit. Cara ini dapat membantu mengurangkan bengkak dengan merangsangkan pengedaran darah.
2. Uncang Teh Hijau atau Hitam
Setiap uncang teh mengandungi kafein yang kaya dengan antioksidan. Komponen ini boleh membantu melancarkan pengedaran darah di sekitar mata. Anda hanya perlu meletakkan dua uncang teh sejuk di atas mata selama 3 minit
3. Hirisan Timun
Timun kaya dengan vitamin C dan asid folik. Kandungan vitamin C dalam timun membantu menyegarkan mata serta merangsangkan pertumbuhan sel baharu. Sementara itu, asid folik pula mengaktifkan antioksidan yang membantu kulit melawan toksin dari persekitaran.
Anda boleh menghiris 2-4 keping timun dan letak di sekitar kawasan bawah mata anda selama lebih kurang 15 minit.
4. Urutan Mata
Urutan mata dengan lembut boleh mengurangkan penahanan air berlebihan di sekitar mata melalui sistem limfatik. Anda boleh cuba cara urutan berikut semasa aplikasi krim mata.
- Tepuk lembut dengan jari telunjuk dan jari tengah anda membentuk bulatan di sekeliling mata anda sebanyak tiga kali.
- Kemudian, tekan dengan jari tengah anda pada titik tekanan tepat di bawah tulang kening di mana kening bermula.
- Seterusnya, tekan pada dua belah atas pangkal hidung, bersebelahan salur air mata anda.
- Akhirnyai, mengurut pelipis menggunakan jari telunjuk dan jari tengah anda.
5. Tidur yang Cukup dan Berkualiti
Tidur yang tidak cukup akan menganggu hormon dan menyebabkan ketahanan air berlehihan di bawah kulit mata. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi selama 7-8 jam setiap malam.
Namun, tidur yang mencukupi tidak akan memberi manfaat jika tidur itu tidak berkualiti. Pastikan posisi tidur anda adalah betul. Tidur meniarap atau mengiring boleh menyebabkan cecair terkumpul di bawah mata dan menyebabkan kemunculan kantung bawah mata. Tidur terlentang dengan kepala sedikit terangkat mungkin dapat membantu mencegah pengumpulan cecair di bawah mata.
Untuk meningkatkan kualiti tidur, tetapkan jadual tidur yang konsisten, wujudkan persekitaran bilik tidur yang gelap, sunyi dan sejuk, serta elakkan pengambilan kafein dan makanan berat sebelum tidur.
6. Diet Sihat dan Kurangkan Garam
Garam terdiri daripada natrium dan klorida. Natrium mengekalkan keseimbangan cecair di dalam dan di luar sel anda, namun natrium yang lebih daripada yang diperlukan boleh menahan air dan memburukan eyebag. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan diawet seperti daging yang diawet, sup dan sayur dalam tin, makanan sejuk beku, piza, serta snek berperisa seperti kerepek dan pretzel.
Selain itu, cuba meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium (bijirin penuh dan sayur-sayuran berdaun hijau), vitamin B6 (pisang, kentang, kacang kuda, kacang walnut dan tuna) dan kalium (avocado dan tomato). Anda juga boleh cuba dandelion (Taraxacum officinale) yang merupakan ubat pelawas semulajadi. .
7. Kekurangan air
Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda perlu bekerja lebih keras untuk menyimpan air, yang seterusnya boleh menyebabkan penahanan air di bawah mata.
Kulit di sekitar mata yang kering akibat dehidrasi mudah mengalami garis-garis halus serta kantung mata yang kelihatan bengkak dan berkedut kerana kekurangan lembapan pada kulit. Kekal terhidrat dengan minum air yang mencukupi mungkin membantu kawasan mata kelihatan lebih licin dan sihat.
8. Produk Eyebag dengan Berkesan
Krim mata yang mengandungi bahan aktif juga boleh membantu mengurangkan penampilan eyebag. Contohnya:
Retinol: Merangsang penghasilan kolagen yang akan membantu mengekalkan ketebalan dan menyokong struktur kulit nipis di bawah mata.
Peptides: Menghantar isyarat kepada kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen, yang menguatkan dan menegangkan kawasan bawah mata, sekali gus mengurangkan bengkak dan garis halus
Kafein/Ekstrak teh hijau: Mengecutkan salur darah, mengurangkan keradangan dan meningkatkan peredaran darah untuk membantu mengurangkan bengkak dan sembap di bawah mata.
Hyaluronic acid: Mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit lebih gebu serta mengurangkan penampilan kulit berkedut halus dan kering
Cara Hilangkan Eyebag dengan Rawatan Profesional
Jika anda telah mencuba semua kaedah di atas tetapi masalah anda masih belum selesai, ini merupakan petanda untuk anda mencuba rawatan estetik.
Rawatan esthetik non-invasif adalah lebih sesuai bagi kantung mata yang ringan hingga sederhana.
Filler dermal – Filler dermal boleh digunakan untuk mengisi kawasan yang cengkung dan menyamarkan penampilan kantung mata yang menonjol, menjadikan kawasan bawah mata kelihatan rata
Rawatan radiofrekuensi (RF) – Rawatan RF seperti Sylfirm X, Potenza, Morpheus 8 dan Density boleh mengetatkan kulit dan mengurangkan lemak. Tenaga RF memanaskan lapisan kulit yang lebih dalam, merangsang penghasilan kolagen dan elastin untuk menegangkan kulit dan mengecutkan lemak.
Laser Resurfacing: Laser akan menghilangkan lapisan atas kulit untuk merangsang penghasilan kolagen, menghasilkan kulit yang lebih tegang dan mantap.
Chemical Peels: Larutan kimia digunakan pada kulit untuk menghilangkan sel kulit lama, mendedahkan kulit yang lebih cerah, tegang dan memperbaiki tona kulit.
Skin booster/ Platelet-Rich Plasma (PRP): Merangsang penghasilan kolagen dan meningkatkan kualiti kulit di bawah mata.
Tetapi, jika anda mempunyai kantung mata yang teruk, anda akan memerlukan rawatan invasif seperti blepharoplasty (pembedahan mata) dan fat transfer (pemindahan lemak).
Pilih Cara Hilangkan Eyebag yang Sesuai untuk Anda
Dengan kemajuan dalam rawatan estetik dan pembedahan, anda kini boleh mendapatkan rawatan kantung mata yang dapat mengembalikan keyakinan diri anda. Namun begitu, kunci kepada kejayaan rawatan dan mengekalkan hasilnya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan seimbang, dan memiliki rutin penjagaan kulit yang baik.
Ingin tahu cara hilangkan eyebag yang paling sesuai untuk anda? Jangan tunggu lagi! Kaiteki Clinic menawarkan konsultasi PERCUMA dengan pakar untuk membantu anda pilih rawatan yang tepat. Dapatkan mata yang segar dan berseri semula. Klik butang WhatsApp di bawah untuk buat tempahan sekarang!



